Perhentian yang selesa, selamat dan tenang. Dekat dengan segala kemudahan. 2km sahaja dari Pusat Bandar Batu Pahat, 3km dari Batu Pahat Water Park, 12km dari Pusat Pelancongan Minyak Beku dan 18km dari UTHM.
Kemudahan dan Aktiviti
Selain bilik-bilik untuk disewa ada juga disediakan sebuah pondok lengkap untuk pelancong menjalankan aktiviti BBQ bersama keluarga pada waktu malam. Kemudahan untuk mengadakan aktiviti ini disediakan jika ada permintaan. Pondok dilengkapi dengan sinki, sebuah meja panjang, dua buah meja hidang, pit BBQ dan beberapa buah kerusi. Sesuai dijalankan pada waktu malam kerana pondok ini dilengkapi lampu kalimantang dan punca elektrik (plug) sendiri. Keperluan lain seperti kipas, arang, penyepit dan sebagainya juga disediakan. Penghuni yang ingin menjalankan aktiviti BBQ ini boleh menempah bahan mentah terlebih awal dengan menyertakan wang tempahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment