Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata penyatuan PAS dan UMNO hari ini telah pun dipersetujui oleh bekas Mursyidul Am parti ituallahyarham Nik Aziz Nik Mat ketika beliau masih hidup lagi.
Hadi berkata demikianketika ditanya wartawan sekiranya arwah Nik Azizakan gembira dengan pemetraianpiagam antara kedua-dua parti ini.
:Oh ya, (gembira dengan penyatuan UMNO - PAS). Taawun ialah satu istilah yang dah sepakat dengan tok guru Nik Aziz masa beliau masih hidup lagi.
:Kerana kerjasama 70an dulu tahaluf, coalition (gabungan parti campuran). Kita perlu perkenalan pendekatan baru ialah cooperation (kerjasama antara parti)
Itu yang dibincang Syura ulama. Dia masa tuan guru Aziz hidup lagi", katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama pimpinan parti kanan UMNO dan PAS, selepas memeterai piagam di Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataan Hadi hari iniseiring dengan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Manyang berkata penyatuan ummah atau kerjasama antara UMNO dan PAS selaras dengan kehendak Nik Aziz.
No comments:
Post a Comment