Perhentian yang selesa, selamat dan tenang. Dekat dengan segala kemudahan. 2km sahaja dari Pusat Bandar Batu Pahat, 3km dari Batu Pahat Water Park, 12km dari Pusat Pelancongan Minyak Beku dan 18km dari UTHM.
Monday, 13 May 2019
Assalamualaikum.
Semalam tular sekali lagi berita satu keluarga menemui ajal di dalam kereta ketika sedang tertidur berehat kepenatan dalam keadaan pendingin hawa masih berfungsi. Mungkin keluarga ini tidak pernah terbaca bahawa dilarang sama sekali menghidupkan pendingin hawa ketika kita tidur di dalam kereta kerana ditakuti keracunan. Atau mungkin juga mereka tak sempat membuka sedikit cermin tingkap-tingkap kereta sebaik berhenti berehat kerana mengantuk sangat agaknya. Apa nak buat, benda dah terjadi. Takpelah saya ulangi peringatan untuk saya, keluarga dan pembaca semua. Tolonglah buka sedikit keempat-empat cermin kereta bila berhenti melepaskan penat seketika, kerana bila kita berehat takut tertidur dan takut udara sejuk dari pendingin hawa mengandungi racun yang mampu membunuh kita secara perlahan-lahan. Bila ini berlaku semua yang tinggal akan merasa sedih.
Terima kasih semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment