Perhentian yang selesa, selamat dan tenang. Dekat dengan segala kemudahan. 2km sahaja dari Pusat Bandar Batu Pahat, 3km dari Batu Pahat Water Park, 12km dari Pusat Pelancongan Minyak Beku dan 18km dari UTHM.
Sunday, 1 September 2013
Pengalaman itu mendewasakan, sila berfikir positif.
Assalamualaikum.
Beberapa bulan telah berlalu tanpa menghantar sebarang posting, seronok melihat bilangan yang menjenguk sudah semakin ramai. Tahun 2013 ini hanya 3 posting sahaja yang sempat ditulis. Sibuk dan banyak kerja yang walaupun tak banyak dan tak berat tapi mengacau.
Selamat hari raya kepada semua yang membaca, walaupun Syawal cuma tinggal 3 hari sahaja lagi. Takpe lah, sekurang-kurangnya keberkatannya masih bersisa. Seperti biasa kalau takde apa-apa tentu takde isu nak dicoretkan, kalau ada isu barulah ada idea nak tulis. Sebab itu bagi sesetengah penulis baik novelis mahupun cerpenis yang negatif pun akan dijadikan positif, diolah menjadi idea menarik untuk diniagakan.
Musim raya ni alhamdulillah Martapura berjalan dengan bagus. Hebat sangat tu tak la tapi perniagaan bermusim macam ni memang sejuk dan panas berganti. Cuti panjang ada la masyukkk.... Hari merdeka pun sangat hebat pertanyaan nak menginap di sini. Alhamdulillah.
Tapi dalam seronok menerima panggilan tempahan tu ada yang tak bestnya. Ini la yang nak jadi cerita hari ni. Najiha yang empunya nama, mengenalkan diri dari Kelantan. Booking 4 bilik terus dan janji akan check-in 31 Ogos. Tunggu punya tunggu haram tak nampak batang hidung. Najiha, kenapa tak datang? Kalau tak jadi masuk awak call la buat pembatalan, ini main diam je. Awak tau tak berapa ramai orang call nak tempah Martapura tarikh tu saya tak terima sebab dah penuh. Sebelas orang sekurang-kurangnya, awak tau!!
Hai, marah ke? He he... Marah sangat tu tak la tapi bengang jugak dengan sikap tak bertanggungjawab macam ni. Ini orang pentingkan diri sendiri. Tapi ada hikmahnya. Lepas ni nanti kenalah mintak pendahuluan kepada sesiapa yang nak menginap masuk Martapura. Terutamanya waktu-waktu prima macam ni... Kita tak kisah sangat dengan duit pendahuluan tu tapi sebab Najiha dah ajar kita cara sebenar, kita kena ikut la untuk kebaikan semua. Lagipun pendahuluan tu kita tolak dengan jumlah sebenar nanti.
**********************************
Sempena bulan raya ni nak cerita sikit kisah berhari raya boleh? Boleh la kan, buat penyegar minda.
Semua orang tau di Johor ni kalau beraya memang meriah, tak boleh celen (challenge) negeri lain. Biskut raya mesti ada atas meja kalau pun tak penuh meja. Maksudnya bila-bila masa ada tetamu datang beraya tuan rumah tak kalut nak sediakan makanan atau jamuan. Ini yang betulnya. Tetamu senang tuan rumah senang. Tapi sekarang ni dah banyak yang jadi tak betul. Nak datang rumah orang beraya tunggu open house baru boleh datang, sebab apa? Ada banyak makanan, tujuan utama nak ziarah dan bermaafan dah lari... Pada hal yang sebenarnya kalau datang masa open house tu sibuk makan je mana ada masa nak beramah mesra dengan tuan rumah. Dia pun nak layan ramai lagi tetamu lain. Berbeza kalau datang asing-asing ni puas bercerita dengan tuan rumah yang mungkin setahun sekali baru berjumpa.
Ada jugak yang buat jadual berziarah malam, tetapkan 5 buah satu malam. Ini pun masalah jugak, kalau semua sediakan makanan berat, dua rumah pertama je yang tetamu beria makan, tiga rumah terakhir kadang-kadang langsung tak usik. Kesiannn....
Semalam berbual dengan sorang kawan pasal jamuan hariraya ni. Cerita dia lagi trajis. Kawan anak dia dari JB call nak datang beraya. Jumlahnya 50 orang. Tapi yang sedapnya siap demand lagi nak makan Baryani Gam. Takpe la, dah orang nak makan kita kena la sediakan. Kawan ni siap tempah lagi you, kat Md Shah Bariyani Batu Pahat untuk 50 orang. Bila sampai masnya hampehhh, yang datang hanya 10 orang je, dah la tu petang baru sampai. Cuba fikir mana nak letak baki nasi yang banyak tu... hari pulak dah dekat malam. Memang orang macam ni tak fikir panjang, main sedap mulut je...
Pengajarannya lain kali kalau berhari raya tu baik tuan rumah mahu pun tetamu, rancang la baik-baik kalau nak masak atau tempah jamuan tu. Tips yang boleh dikongsi ialah untuk tuan rumah sediakan dalam kuantiti yang sedikit supaya rasa makanan akan lebih sedap. Untuk tetamu pula sentiasa berpesan kepada tuan rumah, insyaallah datang kalau ada masa, tuan jangan bersusah-susah pula.
Boleh macam tu? Insyaallah......
Tuesday, 2 April 2013
Tak jumpa cari? Takpe kami bantu.....
Memang sudah dijangka dan macam yang sudah-sudah cuti sekolah tempahan untuk menginap di Martapura amat menggalakkan. Terima kasih yang telah datang dan menginap di sini. Semua bagus-bagus, menjaga kebersihan dan keselamatan bilik. Satu dua yang merokok dalam bilik tu, harap kalau nak merokok keluar la sekejap, bukan apa, bau rokok melekat kat cadar dan bantal susah nak hilang. Lagi satu kesian kat teman (isteri atau kawan) sebilik terpaksa menyedut asap sama.
Yang telefon tapi tak jadi check-in pun ramai jugak. Ada beberapa sebab, yang boleh diatasi dan tak boleh diatasi (kalau boleh pun lama lagi agaknya). Maaf la yang call nak cari homestay sebuah rumah dengan beberapa bilik lengkap dengan dapur dan kemudahan membasuh pakaian. Saya faham itu sebenarnya konsep homestay yang tepat tetapi Martapura ni lebih kepada konsep motel, bilik-bilik penginapan tanpa kemudahan tersebut. Dah tu nape guna nama homestay? Insyaallah akan menyusul kemudian, ini sebagai mukaddimah sahaja dahulu.
Dan yang datang tersesat payah nak jumpa mintak maaf la. Jalan yang tuan lalu tu jalan belakang. Memang cepat sampai tapi jalan masuk sedang dalam pembinaan. Yang datang lalu jalan ini memang pasti akan berfikir Martapura ni duduk dalam hutan sebab kalau malam gelap gelita, maklumlah jalan tutup untuk kerja-kerja pembinaan longkang konkrit.
Kepada pelanggan yang dah booking masa nak datang ikutlah jalan depan, Hotel Pelican jadi panduan. Signboard banyak ikut je signboard insyaallah sampai. Kalau yang datang dari arah Muar tu (ramai jugak yang melawat saudara mara di Hospital Putra nak cari penginapan murah) pandu arah ke Batu Pahat, selepas jambatan traffic light belok kiri tak jauh 1 kilometer sahaja sampai la ke Martapura.
Sekarang ni Martapura Corner sedang dalam pembinaan. Insyaallah lepas ni nanti nak sarapan dan makan tengahari atau minum petang tak jadi masalah, semuanya depan pintu bilik sahaja. Ini sebagai kemudahan tambahan, tetapi kalau nak makan kat bandar lagi la banyak pilihan. Asam pedas sangat terkenal di Batu Pahat ni. Asam Pedan Yana, Asam Pedas Pak Ali, Asam Pedas Kampung Merdeka, Asam Pedas Odeon semuanya memang sedap-sedap. Nasi Baryani pun apa kurangnya. Baryani Md Shah terkenal sejak zaman berzaman, Baryani Power tak kurang mengancam.
Untuk yang baru datang ke Batu Pahat ni kat Taman Batu Pahat depan ni ada satu warong jual nasi lemak kukus yang sangat popular sekali dan menjadi sebutan ramai. Kenapa dia popular? Sebab sedap la tu... Tak jauh ke depan ada satu lagi warong nasi lemak yang dimasak menggunakan kayu api, setiap hari masak dua periuk besar pukul 10 kalau nasib baik ada la tapi biasanya bakal kempunan..
Balik pada cerita jalan masuk tadi, walau dah hilang punca kita tak kisah, call saja kata di mana kita akan jemput. Kepada En Azlin jangan segan la sebab melilau tak jumpa cari, tuan bukan orang pertama saya songsong. Kena pulak waktu malam, tambah hujan lagi....
Wednesday, 6 February 2013
Kena berubah untuk maju.....
Memang sudah dijangka cuti sekolah akan pastinya memberi sinar kepada homestay ini. Bila cuti sekolah je banyakla tempahan untuk menginap di homestay ini. Tapi sayangnya kuantiti yang sedikit tak dapat memenuhi semua permintaan. Terpaksa la tolak. Pernah terfikir kan bagus kalau yang tak dapat menginap sebab dah penuh tu check-in hari lain tapi mana mungkin sebab program atau aktiviti mereka memang pada tarikh yang sama. Biasanya mereka datang sebab jemputan kenduri kahwin la masa cuti sekolah ni....
Dan terbaru ni Martapura pun sekali lagi dipenuhi pelanggan. Alhamdulillah, bila pelanggan masuk bermakna rezeki masuk. Tapi ada juga cerita tak sedap bila mereka keluar. Kita sama berkongsi supaya sama-sama perbaiki. Bukan ke kita nak menuju negara maju 2020? Penduduk negara maju biasanya bersikap positif dalam segala perkara. Positif maksudnya baik la...
Pertamanya sampah, masalah yang tak pernah selesai sampai bila-bila selagi manusia bergerak. Bukan nak marah sebab ada sampah tapi buang la dalam tong sampah yang disediakan. Jangan la campak mana suka. Kalau sampah kering mungkin ada maaf juga tapi kalau bekas makanan berkuah dilonggok tepi dinding, menjijis-jijis... alamak, ingat ye sikap kita melambangkan mentaliti pemikiran kita.
Ada jugak yang tak off air-cond. Dah awak nak keluar tu apa salahnya petik sekali suis air-cond tu sebelah pintu je. Yang peliknya suis lampu boleh pulak di off kan. Kan ke macam ada agenda tersembunyi. Lampu tak mati nanti tuannya nampak, kalau aircond tak mati tuannya tak nampak. Biarlah kena letrik lebih, aku dah bayar bilik ni....
Sebenarnya sikap macam ni kena ubah. Cuba fikir sejenak kalau awak off letrik masa awak keluar awak sudah mengelak pembaziran. Bayaran pun kena bayar RM60 juga. Tapi kalau awak tak off letrik awak sudah membazir sedangkan bayaran bilik tak dikurangkan sedikit pun. Apa yang awak dapat? Adakah awak puas kerana saya kena bayar bil elektrik lebih? He, he, he... inilah yang saya maksudkan tadi kena berfikir seiring dengan tahap negara maju.
Alasan taknak buang sampah pun lebih kurang sama la macam tu. Ala, kan kita bayar bilik ni, nanti dia kemas la, kalau tak takde kerje pulak dia. Kerana nak bagi keje jadilah sampah basah berlonggok tepi dinding, soya dalam sinki dan sebagainya. Alhamdulillah, kita buat je la keje kita.
Tapi benda-benda macam ni akan berubah sedikit demi sedikit. Bila masyarakat dah biasa nanti. Saya nak kaitkan satu contoh. Dulu orang buat kenduri kahwin semua makan berhidang. Satu hidang empat orang, kalau datang dua orang kena cari dua lagi untuk cukupkan korum. Kalau datang enam orang anak berempat makan dulu ibu ayah tunggu dua lagi ahli kumpulan. Tapi sekarang semua kenduri kendara guna sistem buffet, senang. Masa zaman peralihan dulu bukan senang nak terus terima sistem buffet ni. Ada yang kata payah nak bajet lauk la takut orang ambil banyak, nanti tak cukup lauk tuan rumah yang susah. Ada yang kata takde sikap bekerjasama la, sebab tak payah panggil orang lain anak beranak je dah boleh handle satu majlis. Ada seribu satu macam alasan. Tapi sekarang bila dah terbiasa nampaknya lebih senang sistem buffet ni.
Tapi bukan semua berperangai macam ni. Ada yang kita masuk nak kemas bilik macam takde orang check-in, bersih je. Selimut pun tersusun rapi. Lantai siap bersapu lagi. Terima kasih tuan. Ini tentu jenis yang dah biasa berjalan ni. Jenis pembersih.
Ini tulis macam ni marah ke? Oh tidak, sekadar menulis untuk sama-sama ambil iktibar. Langsung tak marah sedikit pun sebab terfikir juga kadang-kadang emak ayah dah tegur suruh kemas tapi si anak buat tak tau je. Anak umur baru nak masuk remaja ni memang perangai kena sabar sikit. Takkan tak boleh nak buang sampah bungkus makanan dalam tong sampah depan pintu je. Takkan nak petik suis tepi pintu pun tak mampu buat. Takkan itu pun ayah emak nak check. Tapi anak pun bukan sebab malas atau dengki tapi mungkin terlupa. Sangka baik la kita....
Monday, 28 January 2013
Selamat Tahun Baru 2013
Alhamdulillah dapat juga mengisi ruang waktu untuk mencatat serba sedikit pengalaman hujung tahun 2012. Sekembali dari menunaikan fardhu haji tak datang mood untuk menulis. Cuma bila dah berdepan dengan laptop ni terpanggil juga untuk mengetuk serba sedikit.
Martapura menjanjikan masa depan yang cemerlang. Sepanjang cuti sekolah berpusu-pusu orang menempah masuk. Ada yang balik kampung, bercuti dengan anak-anak, menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya. Yang lebih meriah lagi ialah semasa konvokesyen UTHM bilik penuh ditempah oleh graduan padahal kedudukan agak jauh (18km) dari UTHM.Mungkin mereka senang menginap berdekatan bandar. Lebih meriah bermaksud peluang untuk mendapat pelanggan dari kalangan peserta konvokesyen memang terbuka.
Dan bila ramai yang masuk menginap maka banyaklah cerita atau peristiwa yang tercatat. Kalau dikenangkan memang menyeronokkan. Apa taknya, setiap keluarga/kumpulan yang masuk mesti ada cerita tersendiri.
Paling simpati sekali pelanggan budiman dari Kedah dan Negeri Sembilan. Mereka datang untuk menghadiri peristiwa paling menggembirakan iaitu menyaksikan anak/waris mereka menerima ijazah. Malangnya terpaksa menginap di Martapura yang ketika itu sedang bergenang dengan lumpur. Maaf la abang dan kakak, tidak disengajakan. Keadaan Martapura masa tu memang okay takde masalah tapi cuma jalan masuk je berlumpur sebab longkang sepanjang jalan masuk nak di upgrade jadikan longkang konkrit. Kebetulan musim hujan pulak. Hah, menanggunglah sekejap... Tapi sekarang jalan masuk dah cantik, tu semua tinggal kenangan. Kakak tu pun kata nak datang menginap sini lagi tahun depan. Siap jadi saudara pulak... Alhamdulillah.
Tentang cadangan pelanggan suruh pasang banyak signboard penunjuk arah tu insyaallah sedang diusahakan, dah tempah pun dan sebahagian sudah dipasang. Memang betul lah sangat susah nak meraba kalau arah tak ditunjukkan. Memang dalam blog ni ada peta lengkap boleh print dan rujuk je tapi bukan semua datang melalui blog. Kalau ada cadangan lain memang dialu-alukan untuk kebaikan bersama. Benda baru memang la banyak yang kurang kan???
Subscribe to:
Posts (Atom)