Telah disimpulkan hajat di hati, kalau siap nanti nak buat majlis doa selamat. Bila dah siap ni kena la tunaikan. Kebetulan pulak masih dalam bulan Syawal, kita ambil la keberkatan bulan raya ni mudah-mudahan Martapura ini sentiasa meriah dengan kebanjiran pengunjung seperti orang berhari raya. Dan nak dijadikan cerita insyaallah musim haji ni yang tinggal tak berapa hari ni saya dan isteri akan menjadi tetamu allah, baik jugak kalau disekalikan majlis doa selamat mudah-mudahan selamat pergi, kembali dan mendapat haji yang mabrur.
Alhamdulillah, walaupun kecil-kecilan sahaja tetapi yang penting niat telah ditunaikan.
Kepada semua yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan majlis pertolongan anda semua amat dihargai. Terutamanya kepada semua adik-beradik yang berusaha keras. Inilah gunanya hubungan erat adik beradik. Buka saja mulut nak buat kenduri, masing-masing tahu peranan masing-masing.
Kepada sahabat handai yang hadir, terima kasih banyak, kehadiran anda amat dihargai. Sesetengahnya datang dari sejauh Muar dan Senggarang semata-mata datang untuk turut meraikan.
Segala pertolongan dan budi baik anda hanya Allah sahaja yang membalasnya. Amin...
Dan yang paling meriah sekali dua hari selepas majlis ini diadakan tiga tempahan diterima untuk bermalam di Martapura ini. Alhamdulillah, syukur ya Allah atas limpahan rezeki yang engkau berikan.
Perhentian yang selesa, selamat dan tenang. Dekat dengan segala kemudahan. 2km sahaja dari Pusat Bandar Batu Pahat, 3km dari Batu Pahat Water Park, 12km dari Pusat Pelancongan Minyak Beku dan 18km dari UTHM.
Friday, 21 September 2012
Thursday, 20 September 2012
Tetamu Pertama..
Syukor alhamdulillah, beberapa hari selepas bersedia menerima pelanggan, dapat call dari seseorang nak booking bilik. Alhamdulillah beryukur sangat sebab kata orang kalau yang pertama dah ok maka selalunya yang berikutnya akan jadi orait. Mula-mula risau jugak sebab yang nak datang ni dari jauh, Shah Alam, mesti kena jaga baik-baik ni, takut kena komplen.
Bila sampai masanya alhamdulillah En Zainal ni baik sangat orangnya. Datang dengan rombongan besar, tak ingat saya berapa buah kereta tapi dalam lapan atau tujuh buah semuanya. Terima kasih la En Zainal dan keluarga kerana memilih Martapura sebagai tempat bermalam. Tahniah juga kepada anak En Zainal yang melangsungkan perkahwinan hari tersebut. Tentu sahaja Martapura akan kekal dalam ingatan tuan kerana bermalam di sini pada hari terpenting dalam hidup tuan.
Kalau nak diimbas semula agak risau jugak nak terima kehadiran En Zainal. Tapi saya sentiasa berpegang kepada sifir hanya aiskrim saja dijual di kedai aiskrim. Maksudnya awak masuk kedai jual aiskrim awak tak boleh mintak bubur kacang ke, bubur ayam ke. Tapi aiskrim yang dijual sangat berpatutan dengan harga dan memuaskan hati.
Macam jugak Martapura ini, kemudahan yang disediakan rasanya dah cukup baik dan sesuai dengan harga yang ditawarkan. Sekali lagi terima kasih banyak kepada En Zainal dan rombongannya. Tentang komen En Zainal tu insyaallah saya akan permudahkan jalan mencari arah Martapura ini. Saya akan letakkan signboard yang banyak di setiap simpang. Kalau tepi jalan besar memang mudah sangat nak cari ye. Nak buat macam mana En Zainal, memang dah tanah saya kat sini..........

Subscribe to:
Posts (Atom)