Perhentian yang selesa, selamat dan tenang. Dekat dengan segala kemudahan. 2km sahaja dari Pusat Bandar Batu Pahat, 3km dari Batu Pahat Water Park, 12km dari Pusat Pelancongan Minyak Beku dan 18km dari UTHM.
Monday, 29 January 2018
Homestay Martapura Ditangguh seketika.....
Assalamualaikum sahabat semua. Untuk kesekian kalinya selepas berehat panjang, kita bersua lagi di lapangan. Ampun maaf dipinta kerana sepanjang tahun 2017 tidak dapat menghantar satu posting pun di ruang ini.
Dukacita dimaklumkan bahawa homestay ini ditangguhkan perkhidmatannya ke satu masa yang tidak dapat diramalkan. Kesukaran memberi khidmat terbaik kepada pelanggan menyebabkan keputusan yang sukar ini dilakukan. Buat masa ini kesemua lapan buah bilik telah disewakan secara bulanan. Memang dari segi kepuasan tentulah mengecewakan. Hajat dan tujuan asal tidak tercapai. Dari segi pendapatan apatah lagi, jauh dari yang pernah dinikmati. Tapi oleh kerana kedudukan yang jauh dari homestay maka terpaksalah saya relakan semuanya ini. Tak terkejar rasanya bila ada pelanggan datang. Yang siksanya bila mereka datang secara tiba-tiba. Takpelah, insyaallah akan sampai masanya kita beroperasi kembali dengan konsep dan tawaran yang lebih menarik lagi.
Memang rasa senang banyak sekarang. Masalah kerosakan elektrik, air, pendingin hawa, kebocoran dan semuanya diselenggara oleh penyewa. Alhamdulillah semoga kesenangan kurniaan ilahi ini berpanjangan. Amin ya rabbal alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)