Perhentian yang selesa, selamat dan tenang. Dekat dengan segala kemudahan. 2km sahaja dari Pusat Bandar Batu Pahat, 3km dari Batu Pahat Water Park, 12km dari Pusat Pelancongan Minyak Beku dan 18km dari UTHM.
Wednesday, 19 March 2014
Bertambah rezeki dari Allah....
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat menulis malam ini setelah hampir 4 bulan tersekat. Untuk tahun 2014 ini belum ada posting lagi, inilah yang pertama. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dikurniakan rezeki, Martapura berkembang lagi. Ada tambahan sebuah lagi homestay dalam bentuk rumah sebuah. Insyaallah kepada yang datang berkeluarga kita sediakan sebuah rumah dua bilik yang lengkap dengan peralatan. Cumanya rumah ini tidak dilengkapi aircond, memberi pilihan kepada penyewa memilih yang menggunakan kipas sahaja. Lihat gambar, rumah ini terletak berhadapan dengan barisan bilik homestay yang lain, dalam kawasan pagar dan melalui pintu masuk yang sama. Ada halaman yang luas disebelahnya memungkinkan penyewa melakukan aktiviti sukaneka dan sebagainya. Insyaallah, Martapura Homestay masih pilihan terbaik untuk anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)