Perhentian yang selesa, selamat dan tenang. Dekat dengan segala kemudahan. 2km sahaja dari Pusat Bandar Batu Pahat, 3km dari Batu Pahat Water Park, 12km dari Pusat Pelancongan Minyak Beku dan 18km dari UTHM.
Sunday, 1 September 2013
Pengalaman itu mendewasakan, sila berfikir positif.
Assalamualaikum.
Beberapa bulan telah berlalu tanpa menghantar sebarang posting, seronok melihat bilangan yang menjenguk sudah semakin ramai. Tahun 2013 ini hanya 3 posting sahaja yang sempat ditulis. Sibuk dan banyak kerja yang walaupun tak banyak dan tak berat tapi mengacau.
Selamat hari raya kepada semua yang membaca, walaupun Syawal cuma tinggal 3 hari sahaja lagi. Takpe lah, sekurang-kurangnya keberkatannya masih bersisa. Seperti biasa kalau takde apa-apa tentu takde isu nak dicoretkan, kalau ada isu barulah ada idea nak tulis. Sebab itu bagi sesetengah penulis baik novelis mahupun cerpenis yang negatif pun akan dijadikan positif, diolah menjadi idea menarik untuk diniagakan.
Musim raya ni alhamdulillah Martapura berjalan dengan bagus. Hebat sangat tu tak la tapi perniagaan bermusim macam ni memang sejuk dan panas berganti. Cuti panjang ada la masyukkk.... Hari merdeka pun sangat hebat pertanyaan nak menginap di sini. Alhamdulillah.
Tapi dalam seronok menerima panggilan tempahan tu ada yang tak bestnya. Ini la yang nak jadi cerita hari ni. Najiha yang empunya nama, mengenalkan diri dari Kelantan. Booking 4 bilik terus dan janji akan check-in 31 Ogos. Tunggu punya tunggu haram tak nampak batang hidung. Najiha, kenapa tak datang? Kalau tak jadi masuk awak call la buat pembatalan, ini main diam je. Awak tau tak berapa ramai orang call nak tempah Martapura tarikh tu saya tak terima sebab dah penuh. Sebelas orang sekurang-kurangnya, awak tau!!
Hai, marah ke? He he... Marah sangat tu tak la tapi bengang jugak dengan sikap tak bertanggungjawab macam ni. Ini orang pentingkan diri sendiri. Tapi ada hikmahnya. Lepas ni nanti kenalah mintak pendahuluan kepada sesiapa yang nak menginap masuk Martapura. Terutamanya waktu-waktu prima macam ni... Kita tak kisah sangat dengan duit pendahuluan tu tapi sebab Najiha dah ajar kita cara sebenar, kita kena ikut la untuk kebaikan semua. Lagipun pendahuluan tu kita tolak dengan jumlah sebenar nanti.
**********************************
Sempena bulan raya ni nak cerita sikit kisah berhari raya boleh? Boleh la kan, buat penyegar minda.
Semua orang tau di Johor ni kalau beraya memang meriah, tak boleh celen (challenge) negeri lain. Biskut raya mesti ada atas meja kalau pun tak penuh meja. Maksudnya bila-bila masa ada tetamu datang beraya tuan rumah tak kalut nak sediakan makanan atau jamuan. Ini yang betulnya. Tetamu senang tuan rumah senang. Tapi sekarang ni dah banyak yang jadi tak betul. Nak datang rumah orang beraya tunggu open house baru boleh datang, sebab apa? Ada banyak makanan, tujuan utama nak ziarah dan bermaafan dah lari... Pada hal yang sebenarnya kalau datang masa open house tu sibuk makan je mana ada masa nak beramah mesra dengan tuan rumah. Dia pun nak layan ramai lagi tetamu lain. Berbeza kalau datang asing-asing ni puas bercerita dengan tuan rumah yang mungkin setahun sekali baru berjumpa.
Ada jugak yang buat jadual berziarah malam, tetapkan 5 buah satu malam. Ini pun masalah jugak, kalau semua sediakan makanan berat, dua rumah pertama je yang tetamu beria makan, tiga rumah terakhir kadang-kadang langsung tak usik. Kesiannn....
Semalam berbual dengan sorang kawan pasal jamuan hariraya ni. Cerita dia lagi trajis. Kawan anak dia dari JB call nak datang beraya. Jumlahnya 50 orang. Tapi yang sedapnya siap demand lagi nak makan Baryani Gam. Takpe la, dah orang nak makan kita kena la sediakan. Kawan ni siap tempah lagi you, kat Md Shah Bariyani Batu Pahat untuk 50 orang. Bila sampai masnya hampehhh, yang datang hanya 10 orang je, dah la tu petang baru sampai. Cuba fikir mana nak letak baki nasi yang banyak tu... hari pulak dah dekat malam. Memang orang macam ni tak fikir panjang, main sedap mulut je...
Pengajarannya lain kali kalau berhari raya tu baik tuan rumah mahu pun tetamu, rancang la baik-baik kalau nak masak atau tempah jamuan tu. Tips yang boleh dikongsi ialah untuk tuan rumah sediakan dalam kuantiti yang sedikit supaya rasa makanan akan lebih sedap. Untuk tetamu pula sentiasa berpesan kepada tuan rumah, insyaallah datang kalau ada masa, tuan jangan bersusah-susah pula.
Boleh macam tu? Insyaallah......
Subscribe to:
Posts (Atom)