Saya selalu jugak berkelana ke tempat orang, jauh dari rumah dan kampung halaman. Samada mengikuti rombongan perkahwinan dan sebagainya atau solo bersama keluarga. Tempat menginap biasanya di hotel lakalau solo bersama keluarga, tetapi kalau beramai-ramai chalet atau resort lebih meriah. Kalau menginap di luar ni samada hotel atau chalet selalunya isteri saya akan pastikan kami check out dalam keadaan baik sebagaimana kami check in. Dan sekarang apabila kami hampir memiliki perniagaan ini tentulah kami mengharapkan semua pelanggan kami bersikap seperti isteri saya, insyaallah.
Bagaimana pun ada beberapa insiden atau peristiwa tak sedap di dengar tentang pelanggan homestay atau chalet ni. Antaranya peristiwa kawan-kawan saya menyewa chalet di Terengganu satu ketika dulu. Si Abu ni (bukan nama sebenar) bersama Ali (bukan nama sebenar) sampai dari Batu Pahat pada awal pagi lebih kurang pukul 7 pagi. Mana nak berehat maka mereka pun carilah chalet. Selepas setuju dengan harga RM60 sehari mereka pun masuk. Tepat pukul 12 tgh si owner datang bawa resit dan mintak RM70. Chalet tu patutnya hanya boleh check in pukul 12.00 tgh tetapi mereka nak masuk pagi pukul 10 jadi owner tu minta tambahan RM5 sejam. Salah si owner tu sebab kenapa tak bagitau awal-awal. Kalau bagitau awal saya rasa kawan ni pun tak kisah sangat setakat RM10. Tapi bila rasa macam dah terkena member ni bengang la. Tau apa yang mereka buat? Pukul 2 mereka keluar makan tengahari mereka on letrik dan air-cond, tak cukup dengan itu mereka on paip air. Sampai bila mereka off kan, sampai mereka check out tengahari esok. RM10 punya pasal si owner tu dah kena bayar bil api dan air mungkin jadi RM20. Yang kawan ni pulak tak terfikir ke awak kalau awak buat macam tu awak membazirkan air dan elektrik, merugikan pengusaha chalet tapi di pihak awak tak dapat apa-apa pun. Setakat nak membalas dendam konon. Pastu cerita pulak dengan kawan-kawan dengan megah kononnya dah kenakan pengusaha chalet tu. Tak sedar semua orang ketawakan kebodohan awak di belakang.
Ada juga satu cerita lagi, kisah sekeluarga 5 beranak ni. Chalet takde kolam tapi anak-anak nak mandi, jenuh la berendam dalam bilik air, habis basah lencun semua langsir dan tisu tandas yang disediakan. Tak cukup dengan itu lepas mandi bergodak kat atas katil pulak. Melompat antara satu katil dengan satu lagi hingga patah. Ini pun cerita kawan saya jugak. Lepas tu check out tak bagitau pengurusan chalet pun, ya la takut kena bayar katil patah tu.....
Pelanggan yang baik pun ramai jugak. Saya pernah anjurkan hari keluarga di Tanjung Sedili beberapa tahun lepas. Saya booked semua chalet di situ. Bila hari check in ramai yang mintak tilam tambahan sebab ahli keluarga ramai. Satu tilam kena tambah RM10. Bila nak check out saya collect duit tilam tambahan tu dapat la RM 100. Masa nak bayar owner tu bagi bill pada saya ikut harga tempahan awal, takde pun charge extra RM 100 tu. Memang lupa lupa betul agaknya, inilah sikap pengusaha kita yang tak suka buat catatan, kerja lebih sikit, tapi lebih rela rugi seratus ringgit. Nasib baik la dapat pelanggan seperti saya, bila saya ingatkan dia dan bayar RM100 untuk sewa 10 buat tilam tambahan, buat-buat la lupa ada keluarkan tilam semalam, padahal dua tiga kali sound kena charge tambahan.....
Jadi kesimpulannya apa, kenalah berfikir positif. Pelanggan baik, pengusaha pun baik. Dua-dua saling bergantung antara satu sama lain. Kalau banyak chalet takde pelanggan bisnes tak jalan, kalau takde chalet tempat-tempat menarik yang kita lawati kita yang susah kena tidur hotel yang mahal. Itu pun dah kira baik, kadang-kadang hotel jauh tidur la dalam kete atau kena penat drive ke tempat yang ada penginapan.
Harap-harap pelanggan saya berfikir dan bertindak seperti saya ketika menginap di homestay..... selamat.