Memang ramai yang datang melawat tapak. Kawan-kawan pun ramai, saudara mara pun ramai. Biasalaa, masing-masing nak tengok projek apa, bila dah tau ada yang menggalakkan, tak kurang yang diam, diam tu banyak maknanya. Tak yakin pun boleh jadi, was-was pun mungkin jugak. Tapi yang nyata masing-masing nampak suka. Masing-masing tak sabar nak tengok hasil. Hasil bentuk bangunan pun ye, dan yang utama sekali hasil jaya tidaknya projek ini.
Dalam banyak benda yang disebut, satu yang pasti ialah masing-masing nak duduk free. Memang itu mereka sebut secara berseloroh sahaja. Gurau-gurau. Tapi dalam gurau terpikir jugak apa salahnya kalau mereka nak duduk free. Sekurang-kurangnya sebulan pertama promosi duduk la, kita pun boleh belajar mengurus pelanggan, tak gitu? Dan lagi untuk saudara mara ni memang patut bagi mereka duduk menginap semalam dua kat sini untuk menghargai sikap "kepunyaan" dalam diri mereka. Biar mereka rasa bahawa projek ini projek mereka jugak. Kalau bermasalah, mereka datang membantu. Kalau menguntungkan biar sama-sama mereka rasai faedahnya.
Teringat satu cerita diriwayatkan isteri saya ada satu pengusaha makanan ringan, kerepek dan biskut raya berdekatan sekolahnya. Usahawan tersebut telah puluhan tahun berniaga dan sekarang kilangnya mencatat hasil jualan tahunan ratusan ribu kalau pun tidak juta. Uniknya, setiap kali bila hampir hariraya puasa, usahawan ini akan membekalkan secara percuma pelbagai jenis biskut raya kepada semua rumah dalam kampung itu. Siap packing cantik-cantik dan pekerjanya akan hantar sebuah rumah demi sebuah rumah. Inilah yang kita mahukan, kalau penduduk kampung tersebut berbangga pun dengan kilang kerepek dalam kampung tersebut, mereka dapat faedah dari ujudnya kilang tersebut setidak-tidaknya sekali setahun. Ini tidak, sebahagian kita duduk sebelah kilang besar tapi nak rasa sikit pun kena beli. "Kau duduk kat mana?" "Oh, rumah aku kat Lorong Permai la, sebelah Kilang Kicap Cap Itik yang terkenal tu!" Punyalah bangga sebut nama kilang tapi nak makan kicap cap itik kena beli kat kedai.
Jadi kawan-kawan dan saudara mara kalau dah baca tulisan ni jangan malu la nak datang ye...
No comments:
Post a Comment